daging masak sambal tumis

Nak masak lauk yang cepat tapi sedap untuk makan malam? Daging Masak Sambal Tumis adalah pilihan tepat yang mudah disediakan walaupun anda sibuk seharian.

Walaupun bahannya mudah didapati, tetapi rasanya tetap wangi, pedas dan manis. Sesuai untuk dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak panas-panas.

Resipi Daging Masak Sambal Tumis oleh Jaja Emyzar sangat mudah diikuti dan sesuai untuk semua peringkat, sama ada anda baru belajar memasak atau mahir di dapur.

Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!

RESIPI DAGING MASAK SAMBAL TUMIS

daging masak sambal tumis

Bahan-bahan:

  • 500g daging (boleh guna daging lembu atau kambing, direbus hingga lembut)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 hingga 6 biji cili kering (ikut kepedasan)
  • 1 sudu kecil belacan (boleh kurangkan jika mahu kurang bau)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Hirisan bawang besar untuk hiasan
  • Serbuk perasa (pilihan, boleh tambah atau tidak)

Cara-cara memasak:

1. Rebus daging hingga empuk. Simpan sedikit air rebusan untuk dimasukkan ke sambal nanti.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan sedikit belacan hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi.

4. Masukkan daging bersama sedikit air rebusan. Jangan terlalu banyak supaya sambal tidak cair.

5. Masukkan garam, gula, sos cili dan air asam jawa. Jika mahu, boleh tambah serbuk perasa.

6. Taburkan hirisan bawang besar sebelum diangkat untuk aroma dan rasa lebih menarik.

Tips tambahan:

  • Nak sambal lebih pekat, biarkan mereneh di api kecil beberapa minit lagi.
  • Tambah serai atau daun limau purut untuk bau lebih harum.

Jangan lupa cuba buat Daging Masak Sambal Tumis yang mudah, cepat dan penuh rasa di rumah. Dengan resipi ini, makan malam anda pasti lebih berselera.

Selamat mencuba!

Sumber: Jaja Emyzar

Baca juga: Daging Masak Kicap Chinese Style, Bau Wangi Dan Rasa Umami Yang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN