Kadangkala cucur udang menjadi kurang enak kerana terlalu banyak menyerap minyak. Bila disentuh, bibir terasa berminyak.
Kali ini MyResipi nak bagi resipi beserta tip membuat cucur yang terbaik dan rangup, tidak menyerap minyak dan semudah ABC.
Baca juga: Cucur Crabstick Guna 3 BAHAN Je, Anak Anak Mesti Berhantu Nak Makan!
Kalau style utara pula, wajib hidang dengan kuah kacang. Cara untuk buat kuah kacang sempoi pun ada dalam resepi ni. Memang cukup lengkap.
Ikuti resipi ringkas dari perkongsian dari Cik Puan Chinta Eyja ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, bancuhkan ketiga-tiga bahan dengan air.
2. Panaskan senduk supaya bancuhan tepung tidak melekat.
3. Masukan sedikit bancuhan dan 1 ekor udang.
4. Rendamkan dalam minyak yang telah panas.
5. Biarkan sekejap sehingga bahagian bawahnya masak. Cucur akan tertanggal sendiri dari senduk.
6. Dah masak, boleh angkat dan toskan. Belah cucur tadi kepada empat. Siap.
Tip tambahan: Untuk rangupkan cucur, gunakan ais ketul atau ais atau air batu. Itu sahaja, tak ada guna serbuk penaik, tak ada guna air kapur jadi lebih mudah. Selepas itu adunan perlu diperapkan seketika untuk reaksi tepung dan air, dan juga untuk aktifkan natural yeast sebelum menggoreng.
Itu sahaja, cara membuat cucur dengan tiga bahan sahaja. Anda boleh menyesuaikan jumlah udang dan tepung mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba.
Sumber: Chinta Eyja
Baca juga: Cucur Tempe Resipi Chef Dave, Tak Sangka Sedap Rupanya!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…