cucur udang lembut

Kalau tengah mengidam cucur udang lembut yang rangup di luar tapi gebu di dalam, jom cuba resipi mudah ini. Tak perlu guna banyak bahan pun, tapi hasilnya memang sedap dan puas hati bila makan panas-panas.

Selalunya bila buat cucur udang, ramai risau adunan jadi keras atau serap minyak. Tapi dengan cara ini, adunan kekal lembut, tak berminyak dan yang penting, bentuknya pun bulat cantik.

Resipi ini juga sesuai untuk hidangan petang atau minum-minum bersama keluarga. Nak cicah dengan sos, kuah kacang atau makan kosong pun tetap sedap. Sekali cuba, mesti nak buat lagi!

Baca juga: Cara Buat Cucur Badak Yang Gebu, Garing Di Luar & Lembut Di Dalam, Dah Sejuk Pun Tak Liat!

CARA BUAT CUCUR UDANG LEMBUT

cucur udang lembut

Bahan-bahan:

  • 10 sudu besar tepung gandum (penuh)
  • Udang secukupnya
  • 1 sudu besar yis
  • Sedikit gula dan garam
  • 1 biji telur
  • Air suam secukupnya (jangan terlalu cair)
  • Kucai, tauge dan lobak (dihiris halus)

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam satu bekas.
  2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil kacau hingga dapat bancuhan yang agak pekat (jangan terlalu cair supaya tak serap minyak).
  3. Masukkan sayur-sayuran yang telah disediakan iaitu kucai, tauge dan lobak. Gaul sebati.
  4. Panaskan minyak, kemudian ambil adunan menggunakan senduk dan letakkan udang di atasnya.
  5. Terus masukkan ke dalam minyak panas dan goreng hingga keperangan.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang panas-panas!

Cucur udang ini sesuai dimakan waktu minum petang, cicah dengan sos atau kuah kacang pun sedap sangat. Lembut di dalam, rangup di luar. Memang puas hati!

Sumber: Haziatul Azuma

Baca juga: Resipi Cucur Kucai Udang Geragau Yang Buat Orang Berebut, Guna Bahan Sempoi Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN