Categories: Resipi

Cucur Telur Rangup Di Luar, Inti Sedap Sangat Sampai Makan Tak Berhenti!

Sesetengah orang memanggil Cucur Telur sebagai jemput-jemput telur kerana saiz kuih goreng ini seperti sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng.

Ramai tertarik dengan perkongsian Cucur Telur di Facebook oleh Fiza Asmuni yang hasilnya sangat memikat selera sampai ada yang tertanya tentang resepinya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa

RESIPI CUCUR TELUR

Bahan untuk membuat doh:

  • 400g tepung gandum
  • 50g planta
  • ½ cawan air garam (2 hingga 3 cubit garam)
  • Sebiji telur

Bahan untuk membuat inti:

  • Daun kucai
  • 3 biji bawang besar
  • 2 biji telur
  • 3 tangkai cili besar

Cara-cara membuat doh:

1. Mula-mula, larutkan tepung, planta dan telur dahulu, kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit.

2. Setelah siap doh, bulatkan kecik-kecik sehingga dapat 10 hingga 15 biji (biasanya ½kg tepung akan dapat dalam 15 biji mengikut saiz yang dimahukan), kemudian sapukan planta di sekelilingnya.

3. Rehatkan doh yang sudah disapu planta selama 5 hingga 6 jam (simpan dalam peti pun boleh)

Cara-cara membuat inti:

1. Mula-mula, potong semua bahan untuk membuat inti.

2. Selepas itu, terus panaskan kuali dan letakkan semua bahan inti, kemudian biarkan air bawang kering semuanya dahulu, barulah letak telur dan secubit garam.

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, keluarkan doh yang berada dalam peti dahulu 10 minit sebelum canai.

2. Selepas itu, canaikan doh tersebut dan letak inti di bahagian tengah, kemudian balut lebih kurang seperti murtabak.

3. Sebelum goreng, letak planta atau minyak atas doh yang sudah dibalut, kena tarik hujung-hujungnya.

4. Akhir sekali, panaskan minyak yang penuh dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan, lebih kurang seperti goreng karipap, kemudian angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Nak hidangkan minum petang yang lazat di rumah, bolehlah buat Cucur Telur rangup dengan inti yang sedap di dalamnya ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Fiza Asmuni

Baca juga: Nak Cucur Ayam Sedap Dan Tak Serap Minyak, Masukkan ‘Bahan’ Ini

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago