Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Susu Pekat Supaya Tak Cepat Rosak, Buat Begini Baru Jadi!

Susu pekat memang selalu digunakan sebagai pemanis dalam masakan dan minuman. Tapi jika kita jenis yang jarang menggunakannya, apakah cara simpan susu pekat yang betul?

Pelbagai jenis susu tin yang ada di pasaran dan ia didatangkan dalam tekstur pekat atau cair. Selain dalam minuman, ia juga sering digunakan dalam pelbagai hidangan pencuci mulut.

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

Susu pekat adalah produk yang sangat tebal dan manis, serta apabila ditinkan boleh bertahan selama bertahun-tahun tanpa penyejukan jika tak dibuka.

Kali ini, kami kongsikan cara simpan susu pekat yang belum dan sudah dibuka supaya tak cepat rosak. Jom kita tengok caranya!

CARA SIMPAN SUSU PEKAT SUPAYA TAK CEPAT ROSAK

1. Mula-mula, sebelum buka tin susu pekat itu, pastikan basuh dahulu tinnya kerana risau jika tin itu dalam keadaan kotor yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

2. Setelah tin susu pekat dibuka, anda wajib simpan ia dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran susu.

2. Anda perlu memindahkan baki susu pekat yang masih belum digunakan ke dalam bekas bertutup dan kedap udara.

3. Jangan sesekali simpan susu pekat dalam tin kerana boleh menyebabkan tin berkarat dan memudaratkan keadaan susu tersebut.

4. Susu pekat takkan menjadi keras setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tapi teksturnya akan jadi lebih pekat daripada biasa.

5. Jika anda simpan susu pekat di dalam chiller, ia boleh tahan sehingga 3 minggu. Tapi jika anda simpan ia di dalam freezer, boleh tahan sehingga 6 bulan tau.

6. Jika tin susu pekat masih belum dibuka, anda hanya perlu menyimpannya di tempat yang kering dan jauh dari cahaya matahari.

Itulah antara cara simpan susu pekat yang anda boleh praktikkan di rumah. Selepas ini, bolehlah anda gunakannya tanpa was-was lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aima Mzln

Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

8 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

8 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

9 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

10 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

10 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

10 hours ago