Untuk juadah minum petang, sedapnya kalau dapat makan cucur kucai rangup di luar lembut di dalam.
Lagi-lagi bila di dapur ada banyak lagi sayur kucai, bolehlah masukkan daun kucai secukup. Jom kita buat cucur kucai dengan resipi mudah oleh Umi Watie.
Baca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar
1. Mula-mula kita buat bahan asas dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut.
2. Campurkan 1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak. Air panas tadi jangan masuk semua sekali. Tuangkan sedikit demi sedikit. Adunan akan jadi bergentel selepas dimasukkan air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.
3. Bila dah siap bahan asas, masukkan tepung gandum, daun kucai, udang, lobak merah ikut selera, bawang merah dan garam untuk perasa.
4. Masukkan juga air biasa dalam 1 cawan.
5. Gaulkan sehingga semuanya sebati, dah siap. Rehatkan sekejap selama 5 minit.
6. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.
Kredit: Umi Watie
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…