Menu sahur kali ini jom cuba resipi Cucur Kiub Kentang dari Adik Foods ini. Nampak unik, sedap dan gemuk-gemuk kejadiannya. Ala-ala mini hashbrown gitu.
Macam yang anda tahu, cucur adalah hidangan yang diperbuat daripada tepung gandum dan air bersama beberapa bahan tambahan lain yang memberi rasa-rasa yang berbeza setiap satunya.
Baca juga: Cucur Nasi Orang Cina, Sesuai Untuk Budak-Budak Yang Taknak Nasi
Menu cucur sentiasa menjadi pilihan kerana bukan sahaja kerana mudah dan cepat untuk disediakan malah ia juga mengenyangkan. Ikuti perkongsian resipi di bawah.
Resipi ini saya cipta pada tahun 1991, semasa saya baru sahaja berkahwin. Ia telah menjadi kegemaran dalam keluarga, dan bentuk kiub kentang yang menonjol itu membuatnya menarik dan enak dimakan.
Saya pernah berkongsi resipi ini pada tahun 2017 dan 2018. Banyak orang telah mencubanya, bagi sesiapa yang belum mencubanya, apa lagi, moh ler cuba!
Bahan-bahan:
*boleh adjust tepung gogi untuk kentang melekat
Nota tambahan: Tepung Gogi ini adalah Tepung Tempura dari Thailand, boleh didapati di pasar raya. Jika tidak jumpa, boleh gunakan tepung tempura lain atau tepung beras atau jagung.
Cara-cara penyediaan:
1. Potong bentuk kiub untuk 6 biji kentang dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan segenggam ikan bilis, bawang besar, hirisan daun bawang, hirisan cili merah, dan garam secukup rasa.
3. Masukkan juga tepung gogi/tempura thai atau tepung beras, dan setengah cawan tepung gandum. Gaul rata bahan-bahan kering inu.
4. Kemudian, masukkan secawan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata.
5. Bila sudah dapat tekstur yang diingini, boleh mula panaskan minyak dalam kuali.
6. Basah sedikit jari-jemari untuk ambil secubit dari bancuhan cucur tadi. Masukkan hingga penuh sekuali. Jika nak guna sudu, lebih mudah.
7. Apabila cucur sudah mula separuh masak, boleh perlahankan api dan goreng sehingga garing.
8. Angkat dan toskan. Ulang step ini sehingga bancuhan cucur habis.
9. Dah siap dan sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@adikfoods Adik’s Cucur Kiub Kentang. Resepi yang saya olah pada tahun 1991,baru kahwin time tu🤭 Ia menjadi kegemaran keluarga dan bentuk kiub kentang yang terjojol-jojol keluar tu yang buat ia menarik dan sedap dimakan. Pernah saya share resipi ni pada tahun 2017 dan 2018. Ramai dah cuba, sesiapa yang belum cuba.. ha! Apalagi moh le buat! . Tepung Gogi tu Tepung Tempura dari Thai, ada jual kat pasar raya. Kalau tak jumpa guna je tepung tempura lain atau tepung beras atau jagung pun boleh je. . 🔘Kredit lagu : Sudah Kahwin Ke Belum ( Saya dahhh😂) . 🅱️ Bahan- bahan 6 biji kentang US Russets (kentang lain pun boleh tapi lebihkan sikit) – dadukan 1 biji bawang besar – dadukan Segenggam ikan bili 1 cwn hirisan daun bawang 3 biji hirisan cili merah Garam secukup rasa ½ cwn Tepung Gogi atau Tepung Beras/ Jagung ½ cwn Tepung Gandum 1 cwn air sejuk peti ais ▪️boleh adjust tepung gogi untuk kentang melekat #adikfoods #adikfoodsrecipe #tiktokmy #tiktokmalaysia #potatoes #malaysia #tiktokindonesia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #makanlokal #merdeka #merdeka2023 #fyp #foryou #foryourpage #cooking #recipe #enak #yummyfood
Selamat mencuba dan selamat bersahur!
Baca juga: Cucur Udang Guna 3 Bahan Saja, Resipi Semudah ABC!
Sumber: TikTok Adik Foods
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…