cucur ketam sambal hijauHmm… minum petang nanti nak makan apa ya? Apa kata cuba cucur ketam sambal hijau. Bahan untuk dibuat juga senang dapat di pasaraya.

Cucur ketam ini sangat rangup dan mesti akan laku keras jika dihidangkan. Layan sungguh dengan bunyi krup krap krup krap kemudian pedas-pedas dari sambal hijau itu.

Mari cuba resipi dari Cik Puan Zee melalui laman sesawang Facebook ini.

Baca juga: Cara Mudah Buat Kerabu Telur Masin, Gaul-Gaul Siap!

RESIPI CUCUR KETAM SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan cucur ketam:

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Cukup rasa
  • Lada sulah
  • Isi ketam
  • Bawang
  • Daun saderi
  • Daun bawang
  • Air
  • Secubit soda bikarbonat

Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan hingga sebati. Kemudian, boleh di goreng

cucur ketam sambal hijau

Bahan-bahan Sambal Hijau:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Padi
  • Belacan
  • Segenggam Ikan Bilis (diblender sekejap 3-5 saat supaya masih kasar)
  • Bawang Besar (dihiris)
  • Ikan Bilis (dicuci bersih dan digoreng garing)
  • Asam Jawa
  • Gula Pasir
  • Cukup Rasa
  • Garam
  • Air

Cara Penyediaan:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi, dan belacan.

2. Tambahkan segenggam ikan bilis yang sudah dibersihkan dan kisar sekejap selama 3-5 saat supaya ikan bilis masih kasar.

3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris.

4. Biarkan sehingga cili masak dan pecah minyak.

5. Setelah cili masak, masukkan gula secukup rasa.

6. Masukkan asam jawa dan air secukupnya.

7. Bila mendidih, masukkan garam dan cukup rasa.

8. Tabur ikan bilis goreng semasa hendak makan untuk mengekalkan kerangupannya.

cucur ketam sambal hijau

Sumber: Cik Puan Zee

Baca juga: Cara Buat Kacang Pool Mudah & Sedap, Guna 2 Jenis Kacang Ini Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN