cucur kembung

Orang kita ni memang gemar dengan cucur. Termasuklah cucur kembang yang gebu dan sedap ini.

Apa saja jenis cucur atau cekodok pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Sangat mudah dibuat dan pastinya tidak menggunakan bahan yang renyah.

Bahan utama dalam penyediaan cucur adalah tepung. Boleh dipelbagaikan rasanya ikut cita rasa masing-masing. Contohnya cucur bawang, cucur lemak manis, cucur sayur, cucur udang dan macam-macam lagi.

Baca juga: Cucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah

Kebiasaanya cucur akan dihidang waktu petang bersama minuman panas. Kalau duduk kampung, mak kita mesti buat cucur petang-petang.

Bila ada tetamu yang datang kerumah, cucur juga antara kuih muih yang biasanya dihidangkan.

Resepi cucur kembang ini telah dikongsikan oleh Umi Watie. Pelbagai resipi yang beliau kongsikan buat rakan-rakan Facebook.


Resipi Cucur Kembang


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sdb gula
  • 4 sdb susu manis
  • 3/4 cawan air
  • 2 sdb yis
  • Secubit garam
  • Air sejuk biasa

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata.

2. Kacau menggunakan whisk. Perapkan dalam sejam. Tutup dengan tuala.

3. Lepas perap elok menggebu, panaskan minyak. Basahkan tangan supaya mudah nak jemputkan adunan.

4. Jemputkan dalam minyak yang panas. Guna tangan lagi mudah.

5. Gorengkan sampai kekuningan kedua-dua bahagian.

6. Dah elok masaknya, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang.


Cucur ni sedap sangat dimakan panas-panas. Nak layan sambil tengok citer Korea pun boleh.

Adunan tepung yang sudah diperap seakan adunan donat. Tapi sedikit lembut dari doh donat.

Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN