Musim durian yang hangat melanda di Malaysia membuatkan ramai mencari resipi menarik berasaskan durian dan salah satunya ialah Cucur Durian yang sedap.
Durian cukup terkenal sebagai raja buah kerana saiznya yang cukup besar, beraroma kuat, rasa yang istimewa dan isinya dilindungi oleh kulit berserat dan penuh duri.
Cara untuk memakan durian adalah perlu dibelah terlebih dahulu dan anda akan dapat lihat isi durian yang cantik dengan warna kekuningan.
Baca juga: Anda Hantu Durian? Elakkan 9 Makanan Ini Selepas Makan Raja Buah
Apa yang kami boleh katakan ialah durian merupakan buah kegemaran ramai terutamanya orang Malaysia. Walaupun begitu, tak semua orang suka makan isi durian begitu saja.
Oleh sebab itu, terhasil beberapa resipi menarik yang menggunakan durian sebagai bahan utama dan resipi yang paling mudah ialah Cucur Durian.
Perkongsian resipi oleh Abby Najeehah di Facebook cukup menarik dan mudah dibuat di rumah. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Lenyek isi durian dan masukan semua bahan yang lain, kemudian adun sebati semua bahan.
2. Panaskan minyak masak, jemputkan adunan dan bolehlah mula menggoreng.
3. Apabila ia sudah mula perang kekuningan, itu menunjukkan tandanya sudah masak, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Cucur Durian ini boleh dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi atau minum petang dan cukup sesuai untuk mereka yang tak suka makan isi durian.
Kami yakin setelah makan Cucur Durian yang panas-panas dan lembut ini, anda seisi keluarga akan makan sampai berulang kali punya.
Jika anda kekeringan idea untuk menghabiskan lebihan durian di rumah, bolehlah buat Cucur Durian yang sedap dan menyelerakan ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Abby Najeehah
Baca juga: Puding Roti Durian, Bila Makan Masih Terasa Isi Durian Yang Asli
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…