Bekas kaca sering dianggap lebih mesra alam berbanding bekas plastik. Malangnya, untuk mengkitar semula kaca adalah terhad kerana ia hanya boleh diubah menjadi kaca semata-mata.
Sebaliknya, plastik yang kehilangan integritinya boleh diolah semula menjadi pelbagai produk seperti pengisian permaidani dan kayu plastik.
Baca juga: Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana
Bekas kaca nampak seperti kukuh dan kuat tetapi ia mempunyai beberapa kelemahan yang ketara terutama apabila digunakan untuk membungkus barangan.
1. Berat
Bekas kaca lebih berat berbanding bekas plastik, yang bermakna lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengangkutnya. Ini membawa kepada kesan alam sekitar yang lebih besar.
2. Kerapuhan
Kerapuhan bekas kaca menjadikannya kurang praktikal untuk menyimpan bahan makanan. Gagal atau terhentak sedikit sahaja boleh menyebabkan bekas kaca pecah, meninggalkan serpihan yang sukar dibersihkan. Selain itu, permukaan kaca yang licin juga meningkatkan risiko bekas terjatuh dan pecah.
3. Bahaya keselamatan
Kaca yang pecah lebih berbahaya berbanding bahan pembungkusan lain. Serpihan kaca boleh menyebabkan kecederaan serius dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa.
Bekas plastik menawarkan pelbagai bentuk dan saiz yang sesuai untuk pelbagai keperluan penyimpanan. Terdapat banyak jenis bekas plastik seperti bulat, silinder, jag, bulat moden, bujur, pembungkus, segi empat sama dan banyak lagi.
Kepelbagaian ini menjadikannya pilihan yang lebih fleksibel dan praktikal untuk pelbagai penggunaan harian.
Berikut adalah beberapa contoh bekas plastik yang sering digunakan dalam kehidupan seharian:
1. Bekas makanan
Bekas plastik digunakan untuk menyimpan sisa makanan atau membawa bekal ke sekolah atau tempat kerja.
2. Botol minuman
Botol air plastik yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
3. Bekas penyimpanan
Bekas plastik dengan pelbagai saiz untuk menyimpan barangan dapur, mainan, dan alat tulis.
Justeru, pilihan antara bekas plastik dan bekas kaca bergantung kepada keperluan dan konteks penggunaan seharian. Bekas kaca mungkin lebih mesra alam dalam beberapa aspek namun begitu, bekas plastik juga memberi kemudahan yang tak dapat ditandingi.
Jadi, renung-renungkanlah. Hanya anda yang boleh membuat keputusan untuk diri sendiri.
Sumber: Ningbo Linhua
Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…