Kalau petang, tak tahu nak buat makanan apa boleh cuba buat popia carbonara. Bukan macam popia biasa, tapi inti dia yang creamy dengan cheese memang padu rasa dia!
Kalau sebelum ni, kita pernah makan popia biasa dengan spaghetti carbonara tapi kali ni boleh cuba ubah selera untuk try resepi combine yang viral ni.
Creamy cheesy popia carbonara! Rasa yang sedap dan paling penting bahan yang digunakan pun senang nak dapat dekat pasaraya sebelah rumah.
Baca juga: Mat Saleh Ini Jual Langos Di Bota, Makanan Tradisi Hungary, Ramai Kata Sedap!
Resipi yang Nasuha Saiful ni kongsikan di ruangan facebook beliau, betul- betul kita rasa tak sabar nak buat dan rasa sendiri kesedapannya!
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara buat inti:
1. Blend bahan kisar sehingga hancur. Ni kita akan gunakan untuk pekatkan kuah nanti.
2. Mula-mula, panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang. Gaul sampai masak sekata.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi tumis sampai naik bau. Biarkan sampai kekuningan.
4. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar dan sos carbonara.
5. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih. Gaul sekata supaya bahan semua sebati.
7. Masukkan cheese dan masak sehingga kuah menjadi pekat
8. Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley
9. Biarkan sejuk sekejap sebelum kita nak balut dengan kulit popia
10. Dah siap kuahnya atau ini popia carbonara ni. Sekarang jom kita balut menggunakan kulit popia.
Cara balut popia:
1. Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit popia.
2. Gunakan kulit popia bersaiz kecil, jika guna yang bersaiz besar potong dulu ye.
3. Lipat kulit popia kemas -kemas dan padat.
4. Buat sampai habis bancuhan inti. Panaskan minyak, dah goreng dalam minyak yang panas.
5. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan, gorengkan je.
Fuyoo! Sedap betul kalau dapat makan creamy cheesy popia carbonara ni. Saya rasa klau makan panas-panas memang berebut ramai yang suka.
Selain buat makan minum petang, resepi creamy cheesy popia carbonara macam ni, nak buat untuk kita berkelah ke, nak buat jualan pun boleh laku tau. Sebab cheesy ni ramai yang baru nak merasa. Boleh lah cuba!
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…