Ada yang terasa nak try buat sendiri cottage pie kat rumah tak? Ha! Korang follow resipinya di sini.
Resipi cottage pie ni merupakan menu klasik orang British yang sangat sedap. Dibuat menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan juga kentang.
Sebenarnya nak buat menu ini boleh je nak pelbagaikan rasanya. Dibahagian atasnya pula akan di tabur dengan keju cheddar blok.
Baca juga: Pie Tee Macam Di Chicken Rice Shop, Confirm Lagi Puas Makan!
Memang sedap dan puas hati bila nak makan nanti. Kalau beli kat luar sebijik je cottage pie ni boleh tahan mahal juga. Lagi best kalau buat sendiri.
Ada tak yang first time nak buat cottage pie ni. Kalau ada, resepi yang di kongsikan oleh Nurha Muhammad ini. Tak sampai sehari share dah viral! Mesti ramai peminat menu ni. Ala-ala makanan mat salleh gitu!
Dua bahan kentang dan daging perlu di buat berasingan terlebih dahulu sebelum di masukkan kedalam bekas yang bersesuaian. Di mulakan dengan sos bolognese dan di ikuti dengan kentang lenyek.
Kemudian, boleh letak ceri dan cheese diatasnya. Barulah di bakar. Mudahkan!
Resipi Cottage Pie
Bahan untuk kentang lenyek:
- 4 biji kentang Russet
- 2 sudu besar mentega
- 3 sudu besar susu penuh krim
- 1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
- Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
Bahan untuk sos bolognese:
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 1/2 biji bawang holland (dicincang dadu)
- 400g daging kisar
- 4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
- 1/2 tin tomato puri
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- Lada hitam kasar
- Garam, gula secukupnya
- 1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
- 1/2 cawan air
Cara membuatnya:
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang.
Sedap dimakan panas-panas. Kalau kat negara orang putih, cottage pie ni di kategorikan sebagai dessert bila hi tea.
Kalau kita orang Melayu ni mesti rasa cottage pie ni macam kuih kan. Tak kira apa pun kategori menu ni, yang penting sedap dan anak-anak pun suka.
Kalau anak-anak korang tak makan daging, korang boleh gantikkan daging tu kepada ayam.
Selamat mencuba.