corn ribs

Mari cuba buat resipi viral di media sosial ini iaitu Corn Ribs. Ia adalah hidangan popular yang diperbuat daripada jagung yang dipotong menjadi jalur yang serupa dengan tulang rusuk. 

Baca juga: Sup Jagung Dan Isi Ketam Ala Chinese Style, Tambah Selera Makan Untuk Anak Yang ‘Picky Eater’

Hidangan ini sering disediakan dengan herba dan rempah ratus untuk memberikan rasa yang lazat. Inilah cara membuat ‘tulang rusuk jagung’ menerusi perkongsian dari @DasihanBonn.


RESIPI CORN RIBS GUNA AIRFRYER

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan jagung

Anda boleh menggunakan jagung segar atau jagung beku. Jika anda menggunakan jagung segar, kupas daun dan seratnya. Kemudian potong tongkol jagung menjadi kepingan kira-kira 2-3 inci panjang, supaya ia kelihatan seperti tulang rusuk.

2. Panaskan Air Fryer

Panaskan air fryer/oven kira-kira 180 darjah Celsius.

3. Perasakan corn ribs

Letakkan corn ribs dalam mangkuk besar. Masukkan minyak zaitun dan serbuk -serbuk perasa mengikut citarasa anda. Gaul sehingga jagung sebati dengan rempah.

4. Bakar tulang rusuk jagung

Letakkan corn ribs berperisa dalam air fryer / oven yang dialas dengan kertas parchment. Bakar dalam kira-kira 25-30 minit atau sehingga jagung keperangan dan garing. Anda boleh membalikkannya separuh supaya ia masak dengan sekata.

5. Hidangkan

Setelah masak, keluarkan lauk ini dan hidangkan bersama sos atau perasa tambahan mengikut citarasa anda. Anda boleh merasainya dengan sos barbeku, sos cili atau sos lain.


Selamat mencuba resipi viral ini. Memang sesuai dijadikan snek, atau makan malam ringan.

Sumber: Lemon8 @DasihanBonn

Baca juga: Cara Buat Apam Puri Inti Kastard Jagung Guna Acuan Karipap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN