Satu menu yang agak popular semasa bulan puasa ialah colek kaki ayam. Sekali makan memang ketagih nak makannya. Mudah saja buat hanya perlu seimbangkan rasa masam, manis dan masin dan pedas. Barulah padu rasanya.
Baca juga: Ini 4 Rahsia Nak Bagi Kaki Ayam Empuk Dan Tak Hamis, Baru Sedap Nak Makan
Ratah saja pun dah sedap. Kalau makan dengan nasi lagi sedap. Memang buat nasi bertambah. Ikuti resipi dari perkongsian dari Muliadi Ramli ini.
RESIPI COLEK KAKI AYAM
Bahan-bahan:
- 30 batang kaki ayam (dibersihkan dan dicampur dengan halia serta asam keping untuk menghilangkan bau), direbus hingga empuk
- 2 biji cili besar + 12 biji cili padi hijau dan merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar cuka makan
- 1/4 keping nisang
- Garam, gula, dan perasa secukup rasa
- Daun ketumbar (dipotong dan ditabur untuk hiasan)
Cara membuatnya:
1. Kisar halus cili merah, cili padi, dan bawang putih. Kemudian masak dalam kuali.
2. Masukkan kicap manis dan sos ikan.
3. Selepas itu, masukkan kaki ayam yang telah direbus dan gaul sehingga sebati, hingga mendidih.
4. Kemudian, masukkan cuka, garam, gula, serta nisang dan perasa secukup rasa.
5. Taburkan daun ketumbar (jika ada stok). Colek kaki ayam siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Muliadi Ramli
Baca juga: Kerabu Kaki Ayam Cara MUDAH, Memang Sedap Ratah Gitu Je