cicak

Baru jer lepas makan satu cinnamon roll, baru perasan ada cicak tengah ‘baring’ dalam tu. Aiya, terbantut nak sambung makan woo.

Bila membeli makanan di luar dan kemudian membawa pulang ke rumah, antara perkara yang paling perlu dititikberatkan adalah kebersihan.

Banyak peniaga yang mungkin terlepas pandang berkenaan perkara tersebut dan sebagai pelanggan tidak ada salahnya jika kita melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Jangan terus ngap je!

Baca juga: “Halal Ke?” – Nora Danish Makan Kat Restoran Gordon Ramsay Undang Was-was Netizen

Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok @sayakaunani0 apabila dia terjumpa seekor cicak di dalam bungkusan makanan yang dibelinya.

Video Penuh:

 

Video pendek yang telah mendapat tontonan lebih 100k itu menunjukkan beberapa biji cinnamon rolls pelbagai jenis yang diletakkan dalam sebuah kotak bungkusan makanan, sekali imbas memang tidak nampak kewujudan reptilia kecil itu.

Selepas diperhatikan, barulah nampak seekor cicak berada di bahagian tepi kotak tersebut, lebih menyedihkan pengguna TikTok itu memberitahu dia hanya menyedari kewujudan cicak tersebut selepas sudah makan manisan tersebut.

“Ada terambik add on “cicak” ke?”



Sudah pastinya, video pendek itu menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata terkejut dengan kemunculan haiwan kecil itu dan tidak kurang juga yang kembang tekak selepas menonton video tersebut.

Masalahnya dah makan baru perasan tu, aduh..


Sumber: Tiktok @sayakaunani0

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN