Kalau anda penggemar thosai di mamak, pasti chutney kelapa ini tidak asing lagi. Ia merupakan kuah yang sedap dan mudah untuk disediakan di rumah.
Chutney kelapa ini juga merupakan salah satu makanan tradisional India yang sering dihidangkan bersama thosai, idli, atau roti canai.
Kuahnya berwarna putih dan rasa pedas, masam, dan wangi dari kelapa parut serta rempah ratus. Jika menyediakan chutney kelapa sendiri di rumah, anda boleh mengawal tahap kepedasan dan keasaman mengikut citarasa.
Jom ikut resipi di bawah ini.
Baca lagi: Petua Air Asam Lagi Menyengat, Jangan Bakar Belacan Tapi Ikut Cara Ini
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Bahan B:
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan A (kecuali kelapa) iaitu daun kari, cili hijau, halia, bawang merah, dan bawang putih. Tumis sehingga bahan-bahan ini menjadi layu dan naik bau.
2. Selepas itu, masukkan kelapa parut dan sangai seketika sehingga kelapa sedikit kering.
3. Setelah bahan tumis tadi sejuk, masukkan ke dalam mesin pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar sehingga campuran menjadi halus. Pastikan konsistensi tidak terlalu cair atau pekat.
4. Panaskan minyak dalam kuali yang berbeza. Masukkan bahan B iaitu hirisan bawang merah, cili kering, daun kari, dan biji sawi. Tumis sehingga bahan-bahan ini naik bau dan menjadi garing sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan campuran bahan A yang telah dikisar ke dalam kuali bersama bahan B yang ditumis. Kacau rata sehingga semuanya sebati dan masak dengan baik.
6. Tunggu sehingga chutney mendidih sedikit dan mencapai kepekatan yang anda inginkan.
Sumber: Nizam Ali
Baca lagi: Talam Pisang Kukus, Resipi Ini Bawa Citarasa Klasik Yang Luar Biasa
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…