Petang-petang kalau rasa nak mengunyah sesuatu, apa kata jom cuba resipi churros yang rangup di luar dan gebu di dalam ini.
Kalau terbuat banyak jangan risau, boleh makan untuk sarapan pula. Teksturnya tetap akan lembut sampai esok.
Yang paling penting, kena guna acuan yang besar. Kalau guna acuan yang ‘kurus’, churros akan jadi keras.
1. Didihkan air, masukkan buter, gula, garam dan esen vanilla. Tutup api.
2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
3. Masukkan telur, kacau sampai sebati.
4. Letakkan nozzle bunga terlebih dahulu ke dalam piping bag, Potong muncung piping bag, tolak nozzle keluar dan pastikan ia ketat sebelum memasukkan acuan.
5. Kemudian baru kaupkan adunan ke dalam piping bag.
6. Paipkan terus ke dalam minyak atau boleh juga paip terlebih dahulu atas dulang untuk dapatkan saiz yang sama.
1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan dengan menggunakan teknik double boiler.
Selamat mencuba!
Kredit: Myra Abdul
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…