PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-19 03:45:19

Kadang-kadang bila makan Roti Tortilla di KFC, pastinya akan terfikir bagaimana cara-cara membuatnya. Lagi-lagi bila kombinasi ayam, salad dan bahan lain sangat sesuai menjadikan menu ini enak untuk dimakan. Teringin rasanya untuk mencuba resipi ini di rumah untuk makan bersama keluarga. Oleh itu, jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Cik Vespa menerusi laman Facebook.


Kredit: Cik Vespa

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla (Mission Wrap)
  • Isi ayam (Bahagian dada & potong kecik)
  • Tepung Crispy
  • 2 biji telur (dipukul)
  • Salad
  • Tomato
  • Lobak (dihiris halus)
  • Timun (dihiris halus)
  • Cheese
  • Mayonis
  • Sos thousand island

 

Cara-caranya:
 

  1. Bakar roti Mission Wrap di dalam ketuhar selama 2 ke 3 minit.


    Kredit: Rasa
     

  2. Celupkan potongan kecil ayam ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Ini supaya tepung crispy tersebut melekat pada isi ayam. Kemudian, salutkan ayam dengan tepung crispy.


    Kredit: Ann Noura
     

  3. Sapu rata mayonis di atas roti wrap. Kemudian, letakkan ayam, salad, lobak, timun dan akhir sekali sos thousand island.


    Kredit: Rasa
     

  4. Selepas itu, gulung roti dengan kemas supaya bahan-bahan tadi tidak terkeluar.


    Kredit: Rasa

Siap! Sekejap saja buat Chicken Wrap ini kan? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN