ayam chicken chop

Pelbagai aneka resipi chicken chop homemade yang anda boleh cuba. Tetapi resipi ini lain sedikit kerana anda hanya perlu menggunakan tepung gandum untuk mendapatkan kerak yang rangup dan cantik.

Namun begitu, ada teknik yang anda perlu ikut untuk mendapatkan chicken chop yang rangup dan menjadi elok. Nak tahu apa caranya? Jom kita lihat cara yang telah dikongsi oleh Nur Nadzirah Shahrul Nizam di bawah.

RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tepung gandum
  • White pepper
  • Garlic Powder
  • Garam

Cara-cara:

1. Hiris ayam, buangkan tulang dan leperkan isi.

2. Kemudian perapkan ayam di dalam air yang mengandungi bawang putih dan halia yang telah dihancurkan.

3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung gandum, white pepper, garlic powder dan garam.

4. Selepas itu, bedakkan ayam dengan campuran tepung tadi sehingga bersalut sebati.

5. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung. Kemudian rendamkan ayam ke dalam air sejuk selama 1 saat sahaja.

6. Kemudian angkat ayam dan masukkan semula ke dalam tepung kering tadi. Pastikan ayam bersalut penuh dengan tepung untuk dapatkan kerak yang cantik dan rangup. Goncangkan ayam untuk membuang lepihan tepung.

7. Kemudian goreng ayam dalam minyak yang banyak atau menggunakan konsep deep fry.

chicken chop homemade

8. Bila ayam dah masak elok dan keperangan, sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper, coleslaw dan kentang putar.

chicken chop homemade

CHICKEN CHOP HOMEMADE – RESIPI COLESLAW

Bahan-bahan:

  • Kubis – potong dadu
  • Lobak merah – potong dadu
  • Sedikit bawang holland – potong dadu
  • Mayonis
  • Susu pekat
  • Lemon
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan. Gaul sebati dan masukkan dalam peti sejuk seketika sebelum dihidangkan.

RESIPI KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Butter
  • Thickened cream
  • Garam

Cara-cara:

1. Rebus kentang sehingga lembut.

2. Buang kulit dan lenyek sehingga hancur.

3. Panaskan butter dalam kuali, tambahkan thickened cream, garam dan gaul rata.

Kredit: Nur Nadzirah Shahrul Nizam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN