Ayam mahal, minyak mahal, maka kita makan kentang aje lah dulu, Tapi kita cuba buat sendiri Cheesy Wedges ala KFC dekat rumah. Dapat repeat makan banyak kali dengan sos cheese. Fuhh!
Nak pula dah masuk cuti sekolah ini, anak-anak memang berhantu punya nak makan. Tak perlu beli mahal-mahal di luar.
Resipi asal Cheesy Wedges ini dikongsikan oleh Salimah Olie namun seorang pengguna di Facebook telah berkongsi semula hingga hantarannya meraih sebanyak 1k shares!
Baca juga: Ayam Goreng Rangup, Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk ‘Crispy’ Ala KFC
Baca juga: Resipi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Lagi Puas Dapat Makan Banyak!
Kalau nak kata rasanya sebiji macam KFC tu tidaklah. Bak kata orang ini versi simple atau ‘homemade’ yang lebih mudah untuk disediakan. Tak mungkin dapat rasa sebiji seperti KFC yang dah tentu resepinya lebih eksklusif.
Tapi hidangannya masih sedap untuk anak-anak nikmati ketika waktu santai di rumah. Kalau rasa sekali mereka jatuh hati, silap-silap dimintanya ulang resipi yang sama esok-esoknya. Hiks!
Jom kita lihat cara penyediaannya di bawah.
Rangup di luar, lembut di dalam. Fuh! Ada rahsianya nak buat macam itu. Wajib kukus dulu ubi kentangnya.
Bahan-bahan:
Bahan sos:
Cara membuatnya:
1. Kentang dipotong wedges. Kukus agak-agak lembut dalam 5-7 minit.
2. Letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang biar sebati.
3. Taburkan pulak tepung jagung, gaul sebati.
4. Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing.
5. Hidangkan bersama cheezy sauce. Tambah mayonis pun sedap. Siap untuk dimakan!
Ringkas dan mudah! Memang layan dan sesuai buat hidangan hujung minggu. Boleh juga digadingkan sekali dengan ayam kentucky.
Bukan itu sahaja, jika anak-anak korang jenis tak nak makan nasi, boleh gantikan dengan hidangan ini supaya diet harian mereka tak kurang.
Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…