Categories: Resipi

Cha Bang Ang Ala Thai Yang Viral, Guna Bahan Ni Jer Confirm Jadi!

Cha Bang Ang Ala Thai Yang Viral, Guna Bahan Ni Jer Confirm Jadi! Minuman yang viral dari negara Thailand ni rasa dia ngam-ngam saja. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu cair atau tawar.

Kos nak buat pun jimat, sebab setiap kalau buat boleh hidangkan anggaran untuk 10 orang dewasa. Hanya gunakan bahan-bahan apa yang kita suka. Kombinasi gabungan rasa 3 susu nanti membuatkan rasa susu kita berlemak elok sahaja.

Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini

Resipi asal yang dikongsikan oleh Cik Puan Maya Miera ni memang wajib untuk cuba! Jangan lupa masak dulu untuk hasilkan rasa yang extra creamy.

Lepas ini tak perlu nak berbuka puasa kalau nak buat untuk minum air Cha Bang Ang ni, sebab nak buat untuk waktu makan tengah hari di rumah kita pun boleh. Nak beli dekat mana? Boleh buat sendiri follow resipi simple ni.


RESIPI CHA BANG ANG ALA THAI

Bahan-bahan: 

  • 1 cawan susu kotak full cream
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • ½ paket biji selasih
  • 1 tiub cincau
  • 2 sudu besar air gula merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam
  • Ais kiub seckupunya

Cara bancuhan:

1. Mula-mula sekali, satukan susu segar, susu cair, susu pekat, esen anilla dan secubit garam.

2. Kacau sampai sebati di atas api yang perlahan sahaja.

3. Sementara tu, rendam biji selasih sehingga kembang. Bila dah kembang, toskan seketika.

4. Cincang pula dipotong hancur atau ikut saiz yang kita suka.

5. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar dan sejukkan seketika.

6.  Nak lebih sedap, minum waktu ianya betul-betul sejuk. Jika suka bahan-bahan boleh lebihkan ikut suka.

7. Siap dan sedia untuk dihidangkan!


Minuman sebegini sesuai lah untuk orang yang suka minum susu dan suka manis. Namun, boleh kurangkan penggunaan susu pekat jika ianya terlalu manis. Adjust ikut kesedapan tekak kita.

Selamat mencuba!

Baca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

3 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

4 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

5 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

5 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

5 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

6 hours ago