Categories: Resipi

Cendawan Goreng Rangup, Tambah Bahan ‘Ini’ Jadi Sedap Sampai Melenting!

Antara makanan paling dicari-cari di pasar malam adalah Cendawan Goreng yang terkenal kerana rangup dan sedap apabila dimakan.

Cendawan Goreng ialah hidangan yang dibuat dari cendawan yang digoreng atau digoreng celur dan biasanya orang hanya mencelupkannya ke dalam mentega.

Pelbagai makanan yang dijual di pasar malam, tapi setiap kali lalu depan khemah yang menjual Cendawan Goreng, sesiapa pun boleh tertarik dengan baunya yang sedap ketika digoreng.

Ramai yang buat snek ini dengan menggunakan cendawan enoki, sedangkan ia juga boleh dibuat dengan menggunakan jenis cendawan yang lain.

Seperti perkongsian oleh FuZza Nisa di Facebook, dia telah menggunakan cendawan tiram dan hasilnya sangat sedap dan rangup sampai berbunyi apabila dimakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Garlic Dan Sup Cendawan Paling Ringkas, Sesuai Untuk Sarapan

RESIPI CENDAWAN GORENG

Bahan-bahan:

  • Cendawan
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Pati ayam (tambahan)
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bancuh adunan tepung dan pastikan jangan terlampau cair.

2. Selepas itu, cuci dan toskan cendawan. Lebih bagus jika anda lap dengan menggunakan tisu kerana nak cendawan itu betul-betul kering.

3. Kemudian, celup cendawan dalam tepung dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

4. Selepas habis digoreng, jangan lupa untuk gunting cendawan tadi mengikut saiz kesukaan anda. Siap untuk dinikmati!

Bukan kanak-kanak saja yang suka makan Cendawan Goreng sedap dan rangup, malah makanan ini juga merupakan kegemaran orang dewasa tau.

Jika anda nak sediakan hidangan untuk dikunyah-kunyah sewaktu sarapan atau minum petang, bolehlah buat snek ini dan pasti keluarga anda menyukainya.

Bagi menambahkan kelazatannya, anda boleh nikmati snek ini bersama sos pencicah yang lazat. Tak kisahlah sos jenis apa sekalipun, kami jamin anda takkan berhenti memakannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: FuZza Nisa

Baca juga: Sosej Gunting Lazat Untuk Minum Petang, Macam Beli Kat Pasar Malam!

Aimi

Recent Posts

Resipi Biskut Lady Fingers, Tak Payah Penat Cari Sebab Asyik ‘Sold Out’

Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…

3 hours ago

Kek Pisang Karamel Yang Cantik Sempurna, Guna Resipi Ini Pasti Menjadi!

Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…

5 hours ago

Strawberry Cheesecake, Resipi Tanpa Oven Ini Sangat Ringan & Tak Muak!

Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…

6 hours ago

Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…

6 hours ago

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

6 hours ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

7 hours ago