Tauhu merupakan antara bahan dapur yang sering dibeli kerana murah, sihat dan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Setelah membelinya, anda perlu tahu cara untuk simpan tauhu supaya tahan lama.
Tak dinafikan ramai yang terus simpan dalam plastik dan letak dalam peti sejuk. Cara ini sesuai untuk terus masak, tapi jika simpan lama, tauhu akan mula berbau masam dan teksturnya juga berubah.
Sebenarnya, ada cara simpan tauhu supaya tahan lama dan tak cepat masam. Tips ini sudah lama digunakan sejak dulu lagi, tapi tak ramai yang tahu. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini
1. Mula-mula, cuci tauhu yang baru dibeli sampai bersih. Buang segala air rendaman asal dan pastikan tauhu bebas dari sisa kotoran. Toskan dan susun dalam bekas kedap udara.
2. Selepas itu, rebus air dalam periuk sampai mendidih, kemudian matikan api dapur.
3. Seterusnya, tuang air panas tadi ke dalam bekas yang sudah berisi tauhu. Pastikan untuk lebih hati-hati kerana air masih panas.
4. Kemudian, taburkan sedikit garam halus ke dalam air rendaman tersebut. Tak perlu banyak, cukup sekadar sesuai dengan jumlah air dan tauhu dalam bekas.
5. Akhir sekali, biarkan air sedikit suam dan tutup bekas rapat-rapat, kemudian simpan dalam peti sejuk.
Jika anda gunakan cara ini, tauhu boleh tahan lama sampai dua hingga tiga minggu tanpa jadi masam sekalipun. Jadi, tak perlulah risau tauhu berbau atau berlendir lagi selepas ini.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Ummu Izz & Pikalicious
Sumber: Ummu Izz
Baca juga: Jenis Tauhu Sedap Dan Lembut, Yang ‘Last’ Itu Ramai Guna Buat Masak!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…