cara tanam kunyit

Ada yang suka berjimat dengan menanam sayur ringkas seperti bawang merah, halia dan lain-lain. Sebenarnya, ada cara tanam kunyit yang mudah dengan tisu basah tau.

Kunyit adalah sejenis rempah yang berasal daripada tumbuhan kunyit dan akar kunyit sering digunakan secara meluas untuk membuat ubat.

Kunyit merupakan bahan penting dalam masakan seperti bawang merah, bawang putih dan halia. Jadi, tak lengkaplah dapur jika tiada bahan-bahan ini.

Baca juga: 9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Tengok orang lain guna pelbagai cara tanam kunyit sehingga subur pasti buatkan anda teruja untuk mencubanya sendiri di rumah.

Rubi Hasman telah kongsikan di Facebook tentang cara tanam kunyit yang sangat mudah dengan menggunakan tisu basah. Jom cuba!

CARA TANAM KUNYIT GUNA TISU BASAH YANG MUDAH

cara tanam kunyit

1. Beli kunyit hidup di kedai.

2. Potong razom (ubi kunyit) kepada 1 hingga 2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.

3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.

4. Biarkan 1 hingga 2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.

5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah atau pasu.

6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.

Bukan saja anda akan rasa puas hati dengan hasil kunyit yang berbaloi, malah daunnya juga boleh digunakan dalam masakan tau.

Selain digunakan secara terus semasa memasak, anda juga boleh gunakan kunyit untuk membuat serbuk kunyit sendiri di rumah.

cara tanam kunyit

Cara tanam kunyit ini juga boleh digunakan untuk halia dan anda tak perlulah beli di luar lagi. Sambil-sambil itu, boleh jimat daripada beli barang dapur.

Jika anda mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang hobinya menanam sayur, boleh kongsikan cara ini kepada mereka nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Rubi Hasman

Baca juga: Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade. Bau Lagi Wangi & Asli Tanpa Pengawet

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN