cara tanam cendawan

Mudah rupanya nak biakkan sendiri cendawan di rumah. Lelaki ini kongsi cara tanam cendawan kukur dengan hanya gantung di luar rumah. Cukup 7 hari, dah boleh tuai untuk dibuat lauk.

Cendawan kukur, juga dikenali sebagai kulat sisir merupakan salah satu jenis cendawan yang popular dalam lauk gulai atau goreng tepung. Biasanya, cendawan ini mempunyai tudung yang lebar dan memanjang dengan warna putih atau kelabu. Batangnya pula pendek dan berwarna putih.

Ia juga kaya dengan nutrien seperti protein, serat, vitamin, mineral, dapat meningkatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan paras kolesterol, meningkatkan penghadaman, serta mempunyai sifat anti-kanser dan anti-penuaan.

Baca juga: Rahsia Pokok Bendi Berbuah Lebat, Bila Petik Buang INI Sekali

Cendawan jenis ini adalah spesies yang hampir serupa dengan cendawan tiram tetapi mempunyai ciri-ciri fizikal yang sedikit berbeza. Mari ikuti perkongsian cara menanam dari Cikgu Fitri ini.

CARA TANAM CENDAWAN KUKUR SENDIRI DI RUMAH

cara tanam cendawan

Makluman:

  • Bongkah cendawan ini tak buat sendiri, tetapi saya beli yang dah siap dengan benih dari platform Shopee.
  • Anda boleh mencari “bongkah cendawan kukur” di Shopee untuk mendapatkan lebih maklumat.
  • Saya juga bukan penjual bongkah cendawan.

Cara-cara menanam:

1. Gunakan pisau tajam untuk membuat torehan pada plastik bongkah secara berdiri. Buatlah 4-5 torehan mengelilingi bongkah tersebut. Ini akan membolehkan cendawan tumbuh mengikut arah torehan tersebut.

2. Letakkan bongkah di tempat yang teduh. Elakkan daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Saya telah menggantungnya pada dahan pokok Mangga seperti dalam gambar.

3. Siram tanaman pada waktu pagi dan petang, tetapi elakkan dari menyiram terlalu banyak. Pastikan juga bekas tanam sentiasa bersih dari dedaun yang layu atau kotoran lain.

4. Pantau tanaman untuk sebarang tanda-tanda serangan perosak seperti kulat atau serangga. Jika perlu, ambil langkah-langkah untuk merawat tanaman daripada serangan tersebut.

5. Pada hari ke-7 atau ke-8, anda boleh tuai hasil apabila cendawan sudah mencapai saiz yang sesuai untuk dipetik.

cara tanam cendawan

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti, anda dapat menanam cendawan kukur sendiri dengan berjaya. Selamat mencuba. 

Sumber: Cikgu Fitri 

Baca juga: 7 Tip Menyimpan Brokoli Supaya Kekal Rangup Dan Hijau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN