PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-06-03 14:49:15
Siapa je tak suka sambal bilis kan? Makan pula dengan nasi panas dan telur mata kerbau, fuhh memang cukup dah lauk, sampai bertambah nasinya. Lauk simple je tapi memang boleh mengenyangkan.
Tapi tak bestlah kalau bila kunyah, ikan bilis kita tu liat kan? Sakit gigi nak gigit. Nak juga bila makan ikan bilis yang bila kunyah tu sedap je rasa rangup dia, krup krap orang kata. So harini kami akan kongsikan dekat korang cara supaya ikan bilis korang tu tak liat!
Senang je sebenarnya kalau taknak ikan bilis ni liat. Biasanya kita basuh ikan bilis tapi tak tos betul-betul kan? Kiranya ikan bilis tu still basah-basah tapi kita dah campak dalam kuali dah. Sebenarnya salah cara tu. Seeloknya, kita basuh dan toskan sampai kering airnya. Barulah boleh goreng. Dengan cara ini, baru ikan bilis kita tak rasa liat! Tak percaya? Cubalah cara ni! Gerenti ikan bilis korang tak liat dah!
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…