santan kotak

Nak masak untuk keluarga tersayang, kena sediakan barang dapur secukupnya dan salah satu barang wajib dibeli ialah santan kotak.

Santan bukan saja digunakan dalam masakan seharian seperti masak lemak, kari, gulai dan sebagainya, malah ia juga digunakan untuk buat kuih muih tradisional dan pencuci mulut.

Selain perah santan dengan kelapa parut, ramai yang lebih suka menggunakan santan kotak kerana lebih cepat, jimat masa dan tenaga.

Masalah yang sering dihadapi adalah ia harus digunakan semuanya setelah dibuka kerana mudah basi apabila tak dipakai dalam masa 3 hari.

Baca juga: Beza ‘Tarikh Luput’, ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Makanan, Baru Yakin Nak Guna!

Ramai yang cenderung untuk beli yang bersaiz kecil, tapi dengan zaman sekarang yang perlu berjimat, tak mungkin ia boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini kami telah jumpa satu cara menarik untuk simpan santan kotak besar yang dikongsikan oleh Nelisa Sofea di Facebook. Jom kita cuba!

CARA SIMPAN SANTAN KOTAK BESAR

santan kotak

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula, masukkan santan dalam plastik aiskrim mengikut anggaran sekali pakai apabila nak guna untuk masak. Jika santan jenis pekat, bungkus sedikit demi sedikit pun sudah cukup.

2. Setelah selesai masukkan semua santan dalam plastik aiskrim, ikat kemas dan jangan lupa untuk labelkan tarikh luput santan.

3. Akhir sekali, terus masukkan dalam peti sejuk di bahagian bawah. Jangan letak dalam bahagian sejuk beku. Boleh ambil apabila nak masak nanti. Siap untuk digunakan!

santan kotak

Terdapat banyak cara berjimat dan salah satunya adalah beli secara borong. Setelah beli santan kotak besar, anda boleh gunakan cara ini untuk menyimpannya.

Jangan lupa untuk kongsikan cara ini kepada keluarga dan kawan-kawan dan semestinya ia cukup berguna untuk anda praktikkan mulai hari ini di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nelisa Sofea

Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN