Categories: Tips & Petua

Tip Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama, Baru Tak Cepat Berkulat!

Rempah ratus merupakan penambah rasa dalam sesuatu makanan untuk membuatkan masakan itu lebih sedap dan beraroma. Jika tiada rempah ratus ini, boleh menyebabkan sesuatu makanan menjadi kurang sedao.

Selain itu, rempah ratus yang berkualiti juga penting untuk memberi kesan kepada rasa masakan. Berbeza dengan rempah yang kurang berkualiti, ia tidak akan mengubah rasa masakan walaupun sudah diletakkan dalam kuantiti yang banyak.

Kualiti rempah biasanya bergantung kepada cara penyimpanannya. Jika salah cara simpan juga akan menyebabkan rempah tidak tahan lama dan menjadi kurang beraroma.

Oleh itu, mari kita ketahui bagaimanakah cara simpan rempah ratus dengan betul untuk memelihara kesegarannya. Barulah dapat tahan lebih lama dan kekal segar.

Baca juga: Cara Simpan Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama & Tak Naik Kulat

CARA SIMPAN REMPAH AGAR TAHAN LAMA

1. Simpan rempah ratus dalam bekas kedap udara

Tidak kira rempah serbuk atau dalam bentuk yang asli, simpan rempah tersebut dalam bekas kedap udara sebaik sahaja dibuka dari pek.

2. Elak buka bekas dengan kerap

Elak membuka bekas rempah dengan kerap. Paling kurang dua minggu sekali sahaja.

Jika membeli rempah dalam kuantiti yang banyak, bahagikan kepada dua bekas iaitu bekas kecil dan bekas besar.

Lebih baik menggunakan yang bekas kecil sahaja. Bekas besar hanya dibuka ketika mahu ditambahkan ke dalam bekas kecil.

3. Jangan terkena cahaya

Elakkan simpan rempah di tempat yang terkena cahaya matahari dengan terlalu kerap. Kerana ianya boleh menghilangkan bau, mengubah warna dan menghilangkan rasa asli rempah.

4. Jauhi rempah ratus dari benda panas

Selain elak terkena cahaya, rempah juga tidak boleh disimpan bersebelahan dengan peralatan panas seperti oven, dapur gas dan microwave.

5. Simpan dalam peti ais

Cara ini sesuai untuk rempah seperti serbuk cili dan serbuk paprika. Menyimpannya ke dalam peti ais dapat mengekalkan warna dan kesegaran kedua-dua rempah itu.

6. Simpan dalam freezer

Rempah dalam bentuk serbuk lebih baik jika disimpan dalam bekas kedap udara, kemudian simpan ke dalam freezer (sejuk beku).

7. Simpan rempah ratus di tempat gelap

Lebih baik jika menyimpan rempah di tempat yang kering dan gelap supaya rempah dapat tahan lebih lama.

Contoh tempat kering dan jauh dari cahaya adalah seperti di dalam almari dan laci.

8. Kisar rempah ratus sendiri

Rempah asli yang dikisar sendiri sebenarnya lebih tahan lama dari segi bau dan rasa berbanding rempah kisar yang dibeli di pasar raya.

9. Jauhi tempat lembap

Elakkan rempah terdedah dengan tempat yang lembap seperti berdekatan dengan sinki dan mesin basuh pinggan.

10. Guna peralatan kering

Elakkan mengambil rempah dengan sudu yang basah. Hadirnya lembapan boleh menyebabkan rempah menjadi berkulat. 

Tanda-tanda rempah yang sudah rosak adalah berlakunya perubahan warna pada rempah tersebut.

Jika rempah sudah bertukar warna dan tidak beraroma lagi, itu bermakna rempah sudah rosak dan tidak boleh digunakan. Sebaiknya gunakan rempah yang sudah dibuka dalam tempoh 3 bulan walaupun tarikh tamat tempoh masih lagi lambat.

Sumber: Kedai Rempah Ratus

Baca juga: Tak Perlu Rendam Dalam Air, Ini Cara Simpan Serai Supaya Tahan Berbulan!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago