Tahukah anda cara simpan kuey teow, mi kuning dan mi laksa dengan betul? Jika salah cara, tiga mi ini tidak akan tahan lama dan cepat rosak.
Cara ini sesuai untuk semua jenis mi basah iaitu mi kuning, mi kuey teow dan mi laksa. Mi basah ini jika diletak di luar peti ais boleh tahan 3 hari. Oleh itu, letak sahaja di tempat redup (no direct sunlight) di dapur.
Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja
Berikut merupakan cara yang salah dan cara yang betul untuk menyimpan mi basah:
Cara simpan yang salah
Jika mahu mi basah tahan selama 2 hingga 3 minggu, jangan terus simpan bungkusan mi ke dalam peti ais. Nanti dia akan jadi membeku dan melekat-lekat. Bila mahu direbus semula, mi akan menjadi keras dan patah-patah. Bukan itu saja, akan tunggu lama untuk mi terurai.
Cara simpan yang betul
Jadi ini cara yang sebetulnya. Sebelum simpan di dalam peti sais, keluarkan mi dari bungkusan dan letakkan di dalam bekas bertutup. Letak sedikit minyak dan urai-uraikan mi itu. Pastikan mi tidak berketul dan jangan terkena air.
Pastikan juga bekas tersebut kering sebelum diletakkan mi. Tutup bekas dan letak dalam peti ais pada bahagian chiller. Selepas 3 minggu pun masih tahan dan tak rosak.
Ketika mahu dimakan, rebuskan air sehingga menggelegak. Bila sudah menggelegak, masukkan mi. Hasilnya mi cantik dan tak patah-patah.
Sumber: Hani Mynis
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kuey Teow Homemade, Di ‘Oversea’ Susah Nak Dapat
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…