cara simpan ketupat

Ketupat sudah menjadi menu tradisi setiap kali Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, kadangkala ketupat cepat basi walaupun baru sahaja direbus. Mungkin cara simpan ketupat memainkan peranan penting bagi memastikan ia dapat tahan lebih lama.

Oleh itu, mari kita sama-sama ketahui apakah cara yang betul untuk menyimpan ketupat agar tidak cepat basi. Walaupun sudah dimasak beberapa hari, ia masih elok untuk dimakan.

Baca juga: Cara Balut Ketupat Palas, Yang Tak Tahu Kena Belajar Buat!

CARA SIMPAN KETUPAT SUPAYA TAK CEPAT BASI

1. Siram air sejuk

Pastikan ketupat masak dengan sempurna juga dapat mengelakkan ketupat dari cepat menjadi basi.

Selepas ketupat masak, siram menggunakan air sejuk. Ini bertujuan untuk membersihkan ketupat dari sisa air rebusan, kotoran, serta lendir yang menjadi punca ketupat mudah menjadi basi.

2. Guna air kapur sirih

Tambahkan air kapur sirih ke dalam beras yang telah dicuci sebelum dimasukkan ke dalam pembungkus ketupat.

Air kapur sirih berfungsi untuk memberikan tekstur yang lebih kenyal kepada ketupat. Ia juga boleh menjadi punca ketupat tahan lama dan tak cepat basi.

3. Simpan dalam peti sejuk

Selepas dibiarkan selama tiga hari pada suhu bilik, ketupat boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Tetapi pastikan untuk meletakkannya dalam bekas yang kedap udara agar tidak terdedah dengan bau makanan yang lain.

Sekiranya ingin makan, anda hanya perlu bawa keluar dan mengukus atau merebusnya sekali lagi. Sebaikya, rebus ketupat mengikut keperluan sahaja agar tidak ‘keluar masuk’ peti secara berulang kali.

4. Menggantung ketupat (cara simpan ketupat)

Menggantung ketupat dan membiarkannya terkena angin pada suhu bilik juga dapat meningkatkan ketahanannya. Hal ini kerana air rebusan akan menitis dan mengeringkan ketupat dengan cepat. Seterusnya menjadikannya tahan selama 2 hingga 3 hari.

Sumber: CNN Indonesia

Baca juga: Jenis Anyaman Ketupat Yang Boleh Belajar Untuk Raya Ini, Jom Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN