Categories: Tips & Petua

Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

Walaupun kangkung sering digunakan di dapur untuk buat masakan kampung, namun tak ramai yang tahu cara simpan kangkung yang betul.

Kangkung merupakan sejenis sayur yang dikenali juga sebagai water spinach atau ong choy dan cukup popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara terutama di Malaysia.

Sayur ini menjadi pilihan ramai petani dan mereka yang suka bercucuk tanam di rumah kerana ia cepat membesar dan mudah dijaga.

Baca juga: 9 Sayur Mudah Ditanam Di Rumah, Tak Perlu Tanah Yang Banyak

Orang-orang yang duduk di kampung suka gunakan kangkung untuk memasak kerana daunnya lembut dan batangnya rangup sampaikan pelbagai juadah boleh dibuat dengannya.

Kangkung mudah didapati di pasar tani, pasar raya dan tempat-tempat lain yang menjual sayur, biasanya ia dijual secara seikat dengan banyak.

Ramai yang mengeluh setiap kali membeli kangkung yang banyak kerana jika tak tahu cara simpan kangkung yang betul, ia jadi cepat kering dan layu.

Oleh itu, kami kongsikan cara simpan kangkung untuk anda praktikkan di rumah. Jom kita tengok caranya!

CARA SIMPAN KANGKUNG SUPAYA TAK CEPAT LAYU

1. Mula-mula, pilih kangkung yang masih segar daun hijaunya (tak kuning atau kering)

2. Selepas itu, pisahkan dan buang daun yang buruk.

3. Seterusnya, potong ¾ batang tua dan ambil batang muda paling atas.

4. Kemudian, ambil pucuk daunnya.

5. Sisa batang muda boleh diambil tapi belah jadi dua dahulu supaya binatang kecil atau kotorannya boleh hilang sewaktu dicuci nanti.

6. Nak simpan kangkung, tak perlu cuci. Nak guna nanti baru cuci bersih dengan air mengalir.

7. Setelah itu, boleh sediakan bekas kedap udara dan alas dengan dua helai tisu.

8. Akhir sekali, masukkan kangkung ke dalam bekas, tutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah. Siap!

Anda pasti akan puas hati dengan cara simpan kangkung ini kerana daunnya tetap hijau dan segar walaupun lebih seminggu disimpan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: zheazee

Baca juga: Kakak Ini Ajar Cara Simpan Yogurt Yang Betul, Ramai Kata Boleh Tahan Sebulan!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago