cara simpan daun bawang

Nak tahu cara simpan daun bawang yang betul? Biasa bila tak habis guna, kita simpan saja dalam peti ais. Lama-kelamaan daun akan layu dan membusuk.

Oleh itu, ramai yang bekukan sayur hijau ini supaya tidak cepat rosak dan tahan lama. Tapi bila nak guna, daun bawang jadi keras dan berketul macam ais.

Maka, apa caranya yang betul supaya daun bawang tetap berderai walaupun disejuk bekukan? Seorang pengguna Tiktok ada berkongsikan tips simpan daun bawang yang betul. Jom sama-sama baca.

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu

Cara Simpan Daun Bawang Frozen

1. Bersihkan daun bawang. Kemudian potong mengikut saiz kesukaan yang disukai.

2. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Biasanya kita terus simpan dalam peti sejuk kan? Ada satu lagi langkah yang perlu dibuat.

3. Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam bekas yang mengandungi daun bawang tadi. Gaul atau goncangkan bekas supaya minyak tersalut rata pada daun bawang.

4. Kemudian baru boleh disejuk bekukan di dalam peti ais bahagian beku.

5. Bila nak tabur atas masakan, daun bawang tidak keras dan berderai elok.

Lihat video penuh:

Sumber: TikTok nj_share

Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN