Categories: Tips & Petua

Cara Siang Sotong Kembang Yang Betul, Baru Tak Liat Dan Lagi Lembut Isinya

Jom ikut cara betul siang sotong kembang supaya isinya tak liat dan lembut bila nak masak. Buat penggemar sotong kembang ini, memang wajib beli di pasar basah.

Lagi-lagi buat lauk sambal tumis yang cukup rasa pedas, manis dan sedikit masam.

Baca juga: Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!

Menerusi perkongsian tips dari Cik Puan Siti Adawiah di laman Facebook, beliau telah memberitahu cara-cara yang betul untuk siang sotong kembang agar tak berbau hanyir dan liat.


CARA SIANG SOTONG KEMBANG

1. Pilih sotong yang agak segar, cuci bersih.

2. Siapkan bahan untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong. Antaranya 4 batang serai, 2 inci halia, 1 labu bawang besar, 1 inci lengkuas, 5 ulas bawang putih. Kesemua bahan tadi dipotong-potong. Letak sedikit garam.

3. Didihkan air hingga naik bau dah boleh masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak. Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.

4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang di bahagian atas si sotong.

5. Kemudian tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.

6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.

7. Seterusnya potong mengikut saiz yg anda suka. Kemudian cuci bersih. Toskan.


BUAT SOTONG KEMBANG HOMEMADE

Nak buat sotong kembang tak susah sebenarnya, kita hanya memerlukan beberapa jenis peralatan:

  • Baldi atau besen (kalau boleh stainlessteel lebih baik ) kalau takde plastik pun ok, guna dulu apa yang ada.
  • Penimbang (Guna masa nak timbang berat dah siap nanti).
  • Sudu dan senduk

Bahan-bahan: 

  • Sotong kering yang bersaiz besar
  • Air abu @ abu jang (boleh didapati di kedai runcit)
  • Air bersih

Cara-Caranya: 

1. Cara nak menyediakan sotong kembang bermula dengan membasuh dahulu sotong kering dengan air yang bersih, yang terbaik di basuh 3 kali.

2. Kemudian kita sediakan air untuk merendam sotong tersebut dengan nisbah 1 air abu dan 10 air bersih (1:10). Jika menggunakan abu jang, sukatannya 1-2 ketul abu jang dengan air 10 liter.

3. Seterusnya kita rendam sahaja sotong kering tadi kedalam air abu yang telah kita sediakan tadi. Masa yang diperlukan untuk merendam sotong adalah antara 5 hingga 6 jam.

4. Selepas 6 jam sotong tersebut dikeluarkan, dan direndam pula kedalam air panas selama 1 jam untuk hasil yang terbaik.


Nah! Dah siap sotong kembang kita. Mudahkan je kan? Terima kasih kepada Cik Puan Siti Adawiah kerana sudi berkongsi tips dan cara menyiang dan membuat sotong kembang ini. 

Semoga bermanfaat untuk semua!

Baca juga: Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago