Kek coklat moist gebu ni bukan setakat mak-mak, anak pun suka makan. Kalau sebelum ni asyik beli je, apa kata kali ini jom cuba buat sendiri di rumah.
Ikut saja resipi yang dikongsi oleh Azlina Ina di bawah. Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup dikenali ramai kerana menjual kek-kek yang sedap dan viral.
Beliau juga tak lokek ilmu turut berkongsikan pelbagai resipi kek yang dijual di kedainya termasuklah resipi kek coklat moist ini.
Jadi sesiapa yang tak pandai buat kek coklat, wajib cuba resipi di bawah yang gerenti jadi. Katanya dah beratus ribu bekas terjual!
“Sesiapa yang tak pandai buat kek coklat moist selama ini dan tak pernah gebu, boleh cuba resipi ini.
Sudah beratus bekas terjual
dan buat. Bestnya semua kek ini jadi gebu walaupun dengan menggunakan step ‘short cut’. Rasanya tetap mantap dan sedap.”
1. Campurkan semua bahan dan adun sehingga kembang gebu.
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan susu full krim.
3. Adun sehingga naik dua kali ganda dan adunan menjadi gebu likat.
4. Perlahankan mixer, masukkan 1 cawan minyak.
5. Adun sekali lagi sehingga sebati dan siap.
6. Masukkan dalam bekas dan balut dengan wrapping.
7. Kukus selama 20 minit.
8. Siap untuk dicurahkan coklat ganache. Selamat mencuba!
Kredit: Azlina Ina Fans
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…