Kebanyakan rumah masih lagi menggunakan dapur gas sehingga sekarang. Tapi selepas bertahun-tahun guna, api dapur gas akan mulai mengecil.
Bila dapur mulai berlaku begini, solusinya hanya dengan membeli dapur yang baru. Sebenarnya masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya servis dapur anda sendiri di rumah.
Tapi amai tak tahu cara servis dapur sendiri kan? Rupanya tak susah mana pun. Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari di bawah. Jom selamatkan dapur kesayangan anda!
Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.
Selepas diservis apinya ya ampun. Membara kebiruan.
Alatan yang diperlukan.
Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas. Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas. Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.
Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
Ini contoh retakan pada bahagian fire starter.Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas.
Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.
Selepas diservis apinya membara kebiruan.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Abdul Ghopar Zakaria Ansari
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…