Categories: Tips & Petua

Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini

Nak masak hidangan yang sedap-sedap untuk keluarga, tapi apabila ambil bahan dari peti sejuk, tiba-tiba tengok tauhu rasa masam. Sebenarnya, ada cara untuk sedapkan ia semula.

Tauhu adalah makanan popular dihasilkan daripada soya yang dibuat melalui proses penapaian susu soya segar, menekannya menjadi blok pepejal dan kemudian menyejukkannya.

Tauhu telah menjadi bahan ruji dalam masakan Jepun dan Cina serta boleh dimasak dengan cara yang berbeza untuk mengubah teksturnya daripada lembut sampai rangup.

Banyak resipi yang boleh dibuat dengan menggunakan tauhu, sampaikan ramai jadikannya sebagai bahan masakan yang wajib dibeli. Boleh dikatakan, setiap minggu mesti beli tauhu untuk dimasak.

Ramai yang hadapi masalah tauhu rasa masam setelah disimpan. Besar kemungkinan, ia disimpan dengan cara yang salah atau terlewat menyimpannya dalam peti sejuk.

Perkongsian video oleh amyrulmokhtar8 di TikTok tentang tips untuk sedapkan semula tauhu yang sudah masam cukup menarik untuk dicuba. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!

CARA SEDAPKAN SEMULA TAUHU RASA MASAM

1. Mula-mula, belah tauhu kepada empat bahagian, tapi jangan potong sampai habis, potong sedikit saja.

2. Selepas itu, ambil semangkuk air panas yang betul-betul mendidih.

3. Kemudian, masukkan tauhu, rendam dan pastikan tauhu terendam semuanya.

4. Seterusnya, letak secubit garam ke dalam mangkuk berisi tauhu itu.

5. Biarkan tauhu terendam bersama garam (tak kisah nak guna jenis garam apa pun boleh) selama 5 hingga 10 minit.

6. Akhir sekali, kacau-kacau sedikit tauhu bersama air garam itu dengan sudu. Siap!

Apabila lihat tauhu rasa masam, jangan terus buang kerana tak elok membazir. Lebih baik, anda gunakan tips ini untuk sedapkannya semula kerana caranya tak susah mana pun.

Tak kisahlah tauhu putih atau tauhu goreng sekalipun, anda boleh gunakan cara ini untuk hilangkan rasa masamnya dan hasil akan jadi lembut seperti baru dibeli.

Selamat mencuba!

Sumber: amyrulmokhtar8

Baca juga: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya

Aimi

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

6 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

6 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

7 hours ago