PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-09-17 04:33:23

Ia antara jenis makanan yang paling basic bagi kita. Tak kira lah umur berapa, kalau cakap pasal breakfast di restoran atau di rumah, kita mesti terfikir pasal telur separuh masak. Tapi kalau nak rebus sendiri, mesti susah kan? Ye lah, semua orang boleh rebus telur tapi berapa ramai je yang boleh buat dengan sempurna tanpa kulit telur tu retak, pecah atau melekat? 

Kenapa Telur Rebus Mudah Retak?

Picture Credit: myrecipes.com

Sebelum kita tengok langkah-langkah nak rebus telur so dia tak retak, kita kena faham kenapa dia retak. Apabila, telur yang sejuk dimasukkan ke dalam air yang sangat panas, kulitnya berpotensi untuk retak atau mungkin juga pecah. Memang korang kena banyak bersabar bila rebus telur, so ikutilah langkah-langkah berikut.

1. Pastikan Telur Berada Dalam "Room Temperature"

Picture Credit: tastingtable.com

Keluarkan dulu telur dari peti ais kalau situ tempat korang simpannya. Gas dalam telur akan meningkat bila terkena haba. Perkara ini yang menyebabkan keretakkan kulit. Sebelum korang start rebus, keluarkan dulu telur itu dan letakkan atas meja. Kurangkan sejuknya.

2. Cucuk Telur

Photo Credit: eggs.ca

Cucuk bukan maksud inject hormon ke apa ye. Cucuk dengan sebab nak keluarkan sikit gas dalam telur tu. So kalau korang ada safety pin ke apa-apa pun benda tajam yang boleh digunakan, boleh cucuk dulu sebelum start rebus. Ini akan kurangkan kemungkinan telur korang retak.

3. Jaga Susunan Telur

Photo Credit: tasteofhome.com

Susunan telur dalam periuk penting untuk pastikan semua telur ada ruangan yang cukup. Tidak digalakkan untuk letak banyak-banyak telur sekali dalam bentuk layer sebab ini akan memberi tekanan berat pada telur di bawah. 

4. Isi Periuk Dengan Air Sejuk

Photo Credit: simplyscratch.com

Admin tau, korang nak masak telur tu dengan cepat, tapi untuk kualiti telur rebus yang bagus, korang kena isi periuk dengan air sejuk dulu. Kalau isi direct dengan air panas, nanti retak juga. Also, bila dah letak semua telur dalam periuk, isilah airnya dari tepi. Jangan direct ke atas telur. Nanti ia akan memberi tekanan pada isi dalamnya.

5. Masukkan Garam

Photo Credit: today.tamu.edu

Garam sangat membantu dalam proses merebus telur. Selain membantu menutup sebarang keretakan, ia juga boleh membantu menanggalkan kulit telur dengan cepat tanpa melekat. Sebelum start merebus, masukkan setengah sudu garam ke dalam periuk.

6. Sebaik Air Menggelegak, Tutup Api

Photo Credit: tastingtable.com

Tutup api tapi jangan keluarkan telur terus. Keluarkan telur itu mengikut apa yang korang nak. Kalau soft boiled, lepas 3 minit dah boleh keluarkan dari periuk. Untuk medium-boiled, keluarkan dalam masa 5-7 minit dan untuk hard-boiled pula, keluarkan selepas 9-12 minit. 

Admin harap tips ni membantu korang untuk dapat telur rebus yang perfect untuk mulakan hari korang. And kalau tak perfect pun, still dapat telur rebus, cuma mungkin tak indah dilihat. Apa-apa pun, selamat memasak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN