cara rebus spaghetti

Memasak spaghetti dengan sempurna dan enak rasanya, sebenarnya ada cara rebus spaghetti yang betul. Bukan sekadar direbus hingga lembut. 

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Namun menurut perkongsian @the.palm.home ini, ada teknik yang betul dan jika dipraktikkan hasilnya nanti masakan pasta bukan sahaja sempurna malah lebih enak.

Berikut adalah langkah-langkah untuk merebus spaghetti. 


CARA REBUS SPAGHETTI TAK PUTUS DAN MELEKAT

Hi Lemonsita! Petua dapur hari ini saya nak kongsikan macam mana caranya untuk rebus spaghetti supaya tidak melekat dan tak putus-putus.

cara rebus spaghetti

Caranya mudah sangat. Anda hanya perlu rebuskan air dulu sehingga mendidih, kemudian masukkan beberapa titik minyak ke dalam air yang sedang mendidih.

Kemudian, masukkan sedikit garam untuk perasakan spaghetti.

Apabila air sudah mendidih, barulah masukkan spaghetti ke dalam. Masukkan spaghetti pun ada teknik juga. Masukkan ia dalam keadaan spiral (pusingan) supaya bila pasta dah lembut, tidak melekat-lekat antara satu sama lain. 

Jika pasta sudah lembut, kacau air (jangan kacau spaghetti). Elakkan dari mengacau terlalu kuat.

Kemudian, tuangkan ke dalam penapis dan lalukan di bawah air sejuk. Jika boleh, rendam dalam air sejuk untuk beberapa minit kemudian tapis kembali. Siap pasta yang cantik direbus.


Anda kena ingat yang visual memasak juga penting untuk mencipta hidangan yang lazat. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh mencipta spaghetti yang cantik dan sedap!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Lemon8 @the.palm.home

Baca juga: Bibim Guksu (Mee Campur Pedas Korea) Cara MUDAH, Guna Pasta Angle Hair Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN