Kita digalakkan untuk makan buah pada setiap hari dan salah satu jenis buah yang sering dimakan oleh orang Malaysia ialah Jambu Batu.
Jambu Batu atau dikenali sebagai jambu biji merupakan buah-buahan tropika yang banyak terjual di pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Buah ini dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu kawasan tropika Amerika. Di Malaysia, kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.
Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!
Antara manfaat yang ada pada buah ini adalah ia merupakan sumber tenaga, serat, vitamin dan mineral yang terbaik.
Walaupun tak tergolong sebagai buah tempatan, namun ia segar dan rangup dengan manis yang cukup rasa, membuatkan ia sesuai dimakan sebagai kudapan buat seisi keluarga.
Buat anda yang masih tak tahu bagaimana memilih buah betul-betul masak, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh fiqarawi di Facebook ini yang sangat membantu. Jom kita tengok!
1. Periksa warna jambu.
Jika jambu itu sudah masak, ia akan warna hijau terang dan perlahan-lahan berubah menjadi hijau kekuningan atau hijau yang lebih muda. Warna hijau kekuningan ini terlihat merata di seluruh bagian kulit buah jambu.
2. Nak tahu jambu masak atau tak, tekan perlahan.
Jika permukaan jambu terasa empuk, maka jambu batu itu sudah masak.
3. Hidu bau jambu.
Jambu yang masak memiliki bau manis. Jika tiada bau, itu menandakan ia belum masak dengan sempurna.
Setelah menggunakan cara pilih Jambu Batu ini, anda akan terkejut setelah memotongnya kerana hasil yang dapat memang masak ranum serta cukup manis.
Jambu Batu merupakan antara buah yang sedap dimakan secara langsung atau dibuat menjadi bahan campuran minuman atau jus. Selain itu, daunnya boleh digunakan untuk ganti daun teh.
Semoga bermanfaat!
Sumber: fiqarawi
Baca juga: Jenis Rambutan Merah Dan Kuning, Mana Lebih Manis Serta Berkhasiat?
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…