Categories: Tips & Petua

5 Cara Pilih Ayam Segar Di Pasar, Baru Tak Rugi Kalau Terbeli Bangkai Ayam

Pernah tak tengok cara pilih ayam, kebanyakkan orang akan selalu belek-belek ayam kemudian, terus minta potong dan bayar. Namun tak ramai yang tahu cara yang betul untuk memilih ayam yang segar dan baik.

Ada beberapa kriteria ayam yang dijual. Kalau tengok kondisi ayam, kita boleh lihat dan pilih ayam yang betul-betul mengikut hukum syarak atau tidak.

Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!

Menurut tips dari penjual ayam, katanya kalau nak pilih ayam, pastikan buntut ayam tersebut masih lagi berwarna putih. Ini kerana ayam yang berbuntut putih diproses selepas ayam tersebut benar-benar telah mati.

Manakala ayam berbuntut merah adalah dipercayai ayam tersebut diproses sebelum ayam itu mati, contoh cabut bulu masa ayam tersebut masih hidup. Bagi ayam yang bebontot biru dipercayai ayam teesebut sudah mati baru sembelih (bangkai).

Untuk elak situasi seperti ini dari berlaku, MyResipi ingin berkongsi cara untuk pilih ayam yang segar. Bayangkan jika masak banyak-banyak untuk jamuan atau kenduri, tak pasal-pasal jadi bahan umpatan.


5 CARA PILIH AYAM YANG SEGAR

Kalau pilih ayam yang telah siap dipotong pilihlah ayam bulat atau bahagian-bahagian ayam tidak mempunyai tanda lebam atau kebiruan kerana ayam yang ada tanda tersebut memang ayam mati sebelum disembelih.

Antara ciri-ciri yang lain adalah seperti berikut, namun ini hanyalah panduan dan terpulang kepada anda untuk menentukan pemilihan ayam anda sendiri.

Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu berwarna pucat atau kebiru-biruan. Biasanya ayam itu telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu. Isi ayam yang segar apabila ditekan dengan jari akan terasa empuk dan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan dan tenggelam, ayam itu dipercayai ayam stok lama. Ayam yang kenyal dipercaya telah diletakkan formalin.

Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yg berbau hanyir.

Tekan Isi Ayam

Isi ayam perlu ditekan perlahan. Apabila ia memantul semula, ia menunjukkan isinya anjal dan pejal. Jangan beli ayam yang lembik sehingga bila isinya ditekan ia akan masuk ke dalam. Jika terlalu keras pula menandakan ayam tu diletakkan bahan pengawet.


Selain faktor kesegaran, kebersihan juga penting. Ia dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit jika termakan ayam yang sudah busuk. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Guna 5 ‘Tricks’ Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago