Pasti ramai yang tak sangka rupanya ini cara penghasilan air sarsi. Air ini diperbuat daripada teras akar sarsi. Sebab itu mat salleh memanggil air ini sebagai ‘rootbeer’.
Jika ada yang berminat nak cuba buat sendiri di rumah, ikut saja perkongsian dari Nour Hafizatunisa di bawah ini.
Air rootbeer homemade dijamin lebih sihat dan berkhasiat tanpa gas. Jika menggunakan teras akar sarsi yang bermutu tinggi, baunya akan lebih semerbak.
1. Masak air dan teras akar sarsi di dalam periuk menggunakan api perlahan kerana ianya lebih baik, supaya khasiat tidak hilang.
2. Biarkan sehingga mendidih. Selepas mendidih, biarkan dalam 10 hingga 15 minit lagi. Kemudian tutup api dan tapis air sarsi.
3. Kayu sarsi yang sudah digunakan boleh dibiarkan kering dan simpan. Boleh guna semula sehingga baunya hilang.
4. Masukkan semula air sarsi yang ditapis tadi ke dalam periuk bersama gula melaka dan daun pandan.
5. Masak sehingga gula larut dan air sedikit kering supaya kordial agak pekat. Tapi bergantung pada anda jika suka cair, tapi pastikan gula larut sepenuhnya.
6. Tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais.
Kredit: Nour Hafizatunisa & Pembekal kayu sarsi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…