“Ohh begini rupanya cara panaskan lemang yang betul. Lembut macam baru siap dimasak!”
Setiap kali Hari Raya, sudah tentu antara makanan yang wajib ada adalah ketupat, lemang, rendang dan sebagainya. Kalau tak ada memang tak ‘sah’ bak kata orang.
Ketupat selalunya ramai yang buat sendiri. Berbeza dengan lemang, biasanya ramai yang beli kerana sukar untuk mencari buluh dan renyah untuk bakar sendiri.
Bila dah terbeli banyak, kadang-kadang tak sempat nak makan sampai habis. Akhirnya terpaksa simpan dalam peti sejuk untuk dimakan kemudian.
Lemang dapat disimpan sehingga berhari-hari. Tetapi, jika disimpan terlalu lama, rasanya sudah tidak sama dengan lemang yang baru siap.
Rupanya ada cara yang betul untuk memanaskan semula lemang supaya tidak menjadi keras dan terburai.
Baca juga: Resipi Lemang Kukus Guna Cawan, Tak Perlu Susah-Susah Guna Buluh!
Berikut merupakan cara betul untuk memanaskan lemang bagi mengekalkan tekstur dan rasa lemang tersebut:
1. Panaskan air dalam periuk pengukus.
2. Setelah air mendidih, letakkan lemang di dalam pengukus.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Lemang anda sedia untuk dihidangkan.
Selepas dikukus, hasilnya lemang tidak menjadi keras dan lembut elok. Boleh hidangkan kepada tetamu yang datang beraya.
Jadi kalau ada lemang tidak habis dimakan, jangan buang ya! Simpan dalam peti ais dan panaskan semula mengikut teknik yang telah dikongsikan di atas.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Bawang Rangers
Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…