Pasti ramai yang setiap minggu wajib buat stok cili kisar kan? Mudah kerja bila nak masak jika ada stok cili kisar ni.
Tapi ramai yang tak berapa rajin nak buat sebab caranya agak renyah. Kena potong, buang biji, kemudian kena rebus dan kisar pula.
Tapi rupanya ada cara yang mudah untuk buat cili kisar tanpa susah payah buat semua tu. Ikut saja cara yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Othman di bawah.
Cara Mudah Buat Stok Cili Kisar Cara Orang ‘Malas’
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.
2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas. Tapis biji dari cili.
3. Taadaa. Haa dah ada cili sahaja. Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
4. Lepas dari itu, keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa. Mudahkan.
Kredit: Nur Atiqah Othman