Cara nyahbeku ikan frozen memainkan peranan penting. Hal ini kerana jika dilakukan dengan menggunakan teknik yang salah boleh mengubah tekstur dan rasa ikan, bahkan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bagi sesetengah orang, ada yang ingin memasak ikan dengan cepat, jadi kadangkala mereka terus menggoreng ikan beku tanpa mencairkannya terlebih dahulu.
Tetapi, lebih baik elakkan menggoreng ikan beku secara terus kerana boleh menyebabkan percikan minyak dan ikan tidak masak sepenuhnya.
Oleh itu, penting untuk kita mencairkan ikan dahulu sebelum dimasak. Tetapi, proses mencairkan ikan juga tidak boleh dilakukan secara sembarangan agar tekstur dan rasa ikan tidak berubah.
Baca juga: Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini, Rupanya Nombor 3 Tu Ramai Yang Suka
CARA BETUL NYAHBEKU IKAN FROZEN
Berikut merupakan cara betul mencairkan ikan sebelum dimasak:
1. Letak di bahagian bawah peti sejuk
Cara ini bukanlah cara yang cepat untuk mencairkan ikan beku. Tapi, ia adalah cara yang paling selamat.
Letakkan ikan dalam bekas bersih, kemudian letakkan di bahagian bawah peti sejuk atau jauh dari makanan lain untuk mengelakkan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Proses ini mungkin mengambil masa sehingga 24 jam. Jadi, anda perlu menyediakan ikan beku sekurang-kurangnya sehari sebelum memasak. Kualiti ikan akan kekal terjaga sehingga 1 hingga 2 hari selepas itu.
2. Menggunakan air sejuk
Kaedah ini boleh mencairkan ikan dengan lebih cepat berbanding membiarkannya dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dalam mencuba kaedah ini.
Pertama sekali, bungkus ikan dalam beg plastik. Pastikan beg plastik yang digunakan tidak bocor untuk mengelakkan bakteria merosakkan kualiti ikan.
Selepas itu, letakkan beg plastik dalam bekas yang berisi air sejuk. Tukar air setiap 30 minit sehingga ikan tidak lagi beku.
Dengan cara ini, satu kilogram ikan beku mungkin mengambil masa sekitar 2 jam untuk mencair sebelum boleh dimasak.
3. Menggunakan microwave
Cara lain untuk mencairkan ikan beku adalah dengan menggunakan microwave.
Pastikan anda menggunakan bekas yang selamat dan tahan panas. Elakkan memanaskan ikan menggunakan bekas styrofoam, kotak kadbod, atau plastik yang bersentuhan terus dengan ikan.
Letakkan ikan dalam bekas, dan tutup dengan penutup yang tidak bersentuhan terus dengan ikan.
Kaedah ini boleh mencairkan ikan beku dengan lebih cepat, tetapi hanya sesuai untuk ikan yang akan dimasak dengan segera.
Sumber: hellosehat
Baca juga: Bukan Sebarang Ikan, Rupanya Ikan Kembung Ini Ada Banyak Khasiat Untuk Kesihatan!
Related Posts
Resipi Popular
Cara Buat Donut Susu Pandan, Gebu Gebas Macam Gigit Kapas
Semudah ABC, Ini Resepi Jjajangmyeon Viral & Keenakannya Sampai Termimpi-Mimpi ‘Terbang’ Ke Korea
Resipi Ketam Masak Rasam Yang Wangi & Berempah, Makan Tanpa Nasi Pun Layan!
Telur Berlada Ala Khairul Aming, Resipi SIMPLE Tapi Naik Selera
Sambal Tumis Telur Puyuh, Kecil Dan Enak Jadi Kegemaran Ramai!
Artikel Popular
Kerabu Jantung Pisang Dengan Sotong & Pucuk Paku, Terliur Dibuatnya
Rahsia Makan Bawang Mentah Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Remajakan Kulit Wajah Tau!
Resipi Nasi Arab Paling Senang Nak Buat, Guna Bahan Ada Kat Rumah Je
Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa, Pilih Yang ‘Jenis’ Ini Baru Lagi Sihat
Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!