Categories: Tips & Petua

5 Cara Nak Pastikan Minyak Betul-Betul Panas, Guna Tips Ini Sebelum Goreng

Salah satu teknik memasak yang sering digunakan di dapur ialah menggoreng tapi tak semua mahir melakukannya. Oleh itu, anda kena belajar cara nak tahu tanda minyak sudah panas.

Minyak masak sering digunakan untuk menggoreng, tapi agak renyah kerana ia kenalah betul-betul panas barulah makanan boleh digoreng dengan sempurna.

Kali ini, kami kongsikan beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk mengetahui tanda minyak sudah panas dan sedia digunakan untuk menggoreng. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

5 CARA UNTUK MENGETAHUI TANDA MINYAK SUDAH PANAS

1. Renjiskan sedikit air pada minyak yang sedang mula panas.

Biasanya, mak-mak yang guna cara ini sebab sudah biasa memasak di dapur. Selepas merenjiskan sedikit air, perlu berhati-hati kerana minyak akan mula meletup.

Apabila bunyi letup sudah hilang, itulah tanda minyak sudah panas dan anda boleh mula menggoreng bahan yang nak digunakan.

2. Taburkan sedikit tepung jagung atau tepung serba guna di atas minyak.

Selain untuk buat kuih, tepung juga mempunyai fungsi lain di dapur dan salah satunya adalah untuk mengelakkan minyak meletup sewaktu menggoreng.

Jika ada tepung jagung atau tepung serba guna, taburkan sedikit saja pada minyak. Setelah tepung berlerai sepenuhnya, maksudnya tanda minyak sudah panas.

3. Letak bahagian hujung peralatan dapur jenis kayu ke dalam minyak.

Ada cara lebih praktikal untuk mengetahui minyak sudah panas. Jika ada peralatan dapur jenis kayu seperti senduk, sudu dan chopstick, inilah masa untuk gunakannya.

Caranya, masukkan sedikit bahagian hujung peralatan dapur jenis kayu itu ke dalam minyak. Apabila ia mula mengeluarkan buih, maksudnya minyak sudah betul-betul panas.

4. Koyak sedikit kulit popia atau wantan dan masukkan ke dalam minyak.

Sebenarnya, ada cara mudah untuk mengetahui minyak sudah sedia digunakan untuk menggoreng dan anda hanya perlukan sedikit bahan dapur saja.

Jika ada kulit popia atau wantan di rumah, koyakkan sedikit dan masukkan ke dalam minyak. Setelah ada tindak balas, minyak sudah boleh digunakan untuk menggoreng.

5. Periksa suhu dengan menggunakan alat termometer dapur yang mudah.

Pada zaman yang moden kini, banyak alatan canggih yang berguna ketika di dapur dan salah satunya ialah alat termometer yang khas untuk memasak.

Dengan menggunakan alat termometer, anda boleh periksa suhu minyak itu dengan memastikan ia berada di skala 150ºC hingga 160ºC. Setelah itu, bolehlah menggoreng.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: ivabalk, Peggy_Marco dari Pixabay

Sumber: omakmasak, richard_is_cooking, plantbasedhottie, chefmingtsai, doppopastry

Baca juga: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

8 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

9 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

11 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

11 hours ago