cara mudah buat pancake

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak ajar anda cara mudah buat Pancake Kapit Mini yang sungguh sedap.

Pancake adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkala, telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih bagus.

Pelbagai versi pancake yang ada pada masa kini dan salah satunya ialah Pancake Kapit Mini yang menjadi kesukaan ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Adri Oppa telah tunjukkan cara mudah buat Pancake Kapit Mini di Facebook yang mendapat perhatian ramai kerana hasilnya sangat comel dan menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Pancake Durian Yang Lembut Dengan 5 Langkah, Hasil Pun Gebu Elok

CARA MUDAH BUAT PANCAKE KAPIT MINI

cara mudah buat pancake

Bahan-bahan:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh tepung kastard
  • 1 biji telur gred A
  • Sedikit vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, mix semua bahan dalam blender sehingga sebati.

2. Kemudian, bolehlah buat pancake mini (saya guna sudu sukat besar, jadi sekata saja bulatnya).

cara mudah buat pancake

3. Letakkan apa saja jenis inti ikut citarasa anda.

4. Akhir sekali, kapitkan pancake. Siap untuk dinikmati!

Antara inti yang boleh digunakan dalam resipi ini ialah kaya, coklat, peanut butter, pandan dan sebagainya. Paling penting, pastikan jangan masak pancake sampai kering sangat supaya mudah dikapitkan nanti.

Anda boleh ajar cara mudah buat Pancake Kapit Mini ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka memasak dan pasti mereka suka dengan idea ini nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Adri Oppa

Baca juga: Japanese Fluffy Pancake, Pakai Kuali ‘Non-Stick’ Jadi Lebih Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN