Mungkin ramai yang sudah tahu cara mudah buang biji cili kering ini. Namun, buat yang belum tahu jangan lupa baca sampai habis ya.
Teknik ini sangat sesuai untuk orang berniaga mahupun untuk masak sendiri di rumah. Tak perlu potong cili kering satu-satu, ikut saja teknik ini. Tangan pun takkan jadi pijar!
Jom baca perkongsian oleh Ziela Mazlan di bawah. Semoga bermanfaat!
Mesin cili kering menggunakan chopper. Jangan basuh dulu cili kering tu, nanti basah susah nak asingkan biji cili. Saya guna yang saiz L supaya boleh mesin sekali jalan.
Hasil kejadiannya. Semua biji cili terkeluar.
Asingkan sisa biji cili menggunakan penapis. Sekejap je dah settle. Cuci bersih baru rebus.
Biji cili.
Kejadian selepas direbus, langsung tak ada biji cili. Selepas direbus boleh kisar macam biasa bersama beberapa ulas bawang putih supaya cili tahan lebih lama.
Cili kering yang sudah siap dikisar.
Kredit: Ziela Mazlan
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…