PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-13 06:36:26

Tahukah anda? Daging merupakan sumber protein tinggi yang penting untuk tubuh badan manusia. Daging juga mengandungi zinc & zat besi yang boleh meningkatkan imunisasi tubuh manusia. Ramai juga penggemar daging tidak kira daging dibuat untuk menjadikan sup, dibakar atau dijadikan lauk kegemaran. Namun, kita perlu mengetahui cara yang betul untuk memotong daging supaya ianya liat untuk dimakan. Oleh itu, jom kita ikuti cara-cara yang betul untuk memotong daging ini.  

Cara-cara:

1. Pastikan dimana terletaknya arah urat daging.

2. Pastikan daging dipotong mengikut arah berlawanan dari urat.

3. Potong daging mengikut saiz yang anda inginkan.

4. Buang lemak-lemak yang berada di bahagian daging sehingga bersih.

5. Letakkan tepung gandum kedalam bekas yang ada daging.

6. Tuangkan air masak kedalam bekas tersebut.

7. Letakkan 3 hingga ke 5 asam keeping didalam bekas tadi.

8. Gaulkan air rendaman tepung & asam keeping selama 10 minit.

9. Bilas daging sehingga bersih.

Siap untuk dimasak! Macam-macam lauk boleh dimasak dengan daging ni. Sesuai juga untuk hidangan tengahari untuk dimakan bersama seisi keluarga. Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN