PENULIS
myResipi
KATEGORI
Tips & Petua
POSTED ON
2020-11-25
Sebut je biskut oreo, memang ramai suka kan? Kalau orang yang suka sangat, bukan setakat biskut tapi air pun kalau boleh nak perisa oreo. Pendek cerita, kalau boleh semua benda nak perisa oreo lah!
Jadi, kalau korang suka kan oreo, jom cuba buat pencuci mulut Oreo Ball dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja! Mudah dan sedap!
Bahan-bahan
- 2 bungkus oreo
- Dua tbs susu pekat
- 150 gram coklat batang
Cara-cara
- Langkah pertama pisahkan krim dari biskut oreo
- Kisar biskut sehingga halus
- Tuang susu pekat pada biskut yang telah dikisar dan gaulkan sehingga rata
- Gaulkan krim oreo dan buat bentuk bebola. Selepas itu masukkan kedalam freezer selama 15 minit.
- Ambil biskut yang telah diadun dengan susu pekat tadi masukkan krim oreo dan buat bentuk bebola
- Cairkan coklat bar menggunakan microwave.
- Celup bebola oreo di dalam coklat yang telah cair dan letakkan di atas kertas roti
- Biarkan bebola chocolate mengeras dan hiaskan krim putih diatas bebola tersebut.
- Lettakkan oreo ball yang telah siap di dalam case kuih